Okay. Nampaknya pergaduhan Rita Rudaini & Zaquan Adha di Twitter ada kisah berkaitan yang kurang enak untuk di’baca.

Bercakap kepada mstar Online hari ini, Rita Rudaini mendakwa yang suami beliau Aidil Zafuan kini sudah meninggalkan rumah mereka sejak seminggu lalu.

Rita Rudaini turut memberitahu yang pembantu rumah mereka ada memaklumkan ketika Aidil Zafuan keluar rumah, Zaquan Adha & isteri turut hadir ke rumah membantu suami beliau keluar.

Bunyi macam drama swasta tetapi itu hakikat yang berlaku sekarang dalam rumahtangga Rita Rudaini & Aidil Zafuan. Semua ini dakwa Rita berpunca dari sikap Zaquan Adha yang suka masuk campur. 

Sehingga ke hari ini menurut Rita Rudaini, beliau tidak tahu di’mana Aidil Zafuan berada tetapi suami beliau itu ada menghantar SMS bertanyakan keadaan anak anak mereka. Hmm.