Penyanyi Shila Amzah dilihat ada memuat naik video tour banglo miliknya yang terletak di Hulu Langat sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan ahli keluarganya.
Menerusi video itu, Shila memaklumkan rumah banglo berkenaan telah pun dikosongkan dan dalam proses pembersihan sebelum ianya siap sedia dijual.
BACA: Shila Azmah Buat ‘Bungalow Tour’, Netizen Faham Kenapa Nak Jual
Sementara itu, Shila berkata dia rasa sedih setiap kali melihat rumah berkenaan apatah lagi banyak menyimpan kenangan mereka sekeluarga.
@shilaamzahofficial Bungalow tour ?? Sha doakan semua dapat mengecapi bahagia yang kalian ingin kan ?? #bungalow
“Baru ni saya panggil orang kemaskan rumah saya. Rumah sangat besar, kalau saya dan Ubai kemas sendiri memang tidak mampu. Jadi, inilah pemandangan daripada luar. Rumah ini menyimpan banyak kenangan sejak tahun 2008.
“Barang memang tiada, kosong. Entah mengapa setiap kali rumah ini, selalu rasa sedih, tidak tahu mengapa,” katanya.
Sementara itu, Shila berkata dia lebih memilih untuk tinggal di rumah lebih kecil kerana dapat mengeratkan hubungan keluarga berbanding rumah yang besar boleh membuatkan hubungan jadi lebih jauh.
“Saya lagi memilih untuk menetap di rumah bersaiz lebih kecil sebab kediaman yang besar susah untuk dijaga. Kemudian apabila setiap ahli keluarga memiliki ada ruang sendiri, hubungan pun akan jadi renggang.
“Jadi, lebih baiklah rumah bersaiz sederhana sebab yang penting ada hubungan keluarga lebih erat dan tidak berpaksikan perkara dalam media sosial,” katanya.
Dalam pada itu, Shila berkata kehidupannya kini tidak lagi berlandaskan media sosial dan baginya kediaman yang besar tidak menjadi jaminan kehidupan bahagia.
“Saya sudah berhenti daripada melakukan sebarang perkara yang berkiblatkan media sosial sebab tidak mampu untuk puaskan hati mana-mana pihak. Rumah yang besar bukan jaminan untuk buat kita bahagia dan gembira atau kekal bersama selama-lamanya.
“Dalam hidup tiada istilah semuanya bersifat selamanya. Sebagai manusia yang baik, kita perlu ingat bahawa semua perkara hanyalah bersifat sementara dan sekadar pinjaman,” katanya.