fbpx

Shila Azmah Buat ‘Bungalow Tour’, Netizen Faham Kenapa Nak Jual

Penyanyi Shila Amzah dilihat ada memuat naik video tour banglo miliknya yang terletak di Hulu Langat sebelum ini menjadi kontroversi melibatkan ahli keluarganya.

Menerusi video itu, Shila memaklumkan rumah banglo berkenaan telah pun dikosongkan dan dalam proses pembersihan sebelum ianya siap sedia dijual.

BACA: Mimpi Pelakon Wanita Ganggu Ubai, Emosi Shila Amzah Terganggu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Menurut Shila, rumah banglo dua tingkat itu mempunyai 12 bilik tidur dan rata-ratanya mempunyai bilik air sendiri.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengakui rumah banglo tersebut sememamgnya besar dan sukar untuk dibersihkan jika tiada pembantu.

Dalam pada itu, netizen mengatakan mereka faham mengapa Shila mahu menjual rumah tersebut kerana untuk menjaganya memerlukan kos yang tinggi.

Terdahulu, kontroversi melibatkan banglo itu menjadi bualan hangat apabila Shila didakwa menghalau ibu dan adik-adiknya keluar dari rumah tersebut.

Bagaimanapun, Shila menafikan dakwaan berkenaan sebaliknya dia mahu menjual kediaman tersebut kerana mahu mencari rumah yang lebih selesa.