fbpx

Rumah Aznil Hj Nawawi Kena Rompak & Alami Kerugian RM40,000

Kosmo! hari ini melaporkan yang kediaman yang di’diami Aznil Hj Nawawi di Taman Yarl telah di’masuki perompak sekitar 10.00 malam tadi.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Ketika kejadian berlaku, ibu Aznil Hj Nawawi dan dua orang amah mereka berada di’rumah tersebut tetapi pengacara popular ini tiada di’tempat kejadian ketika itu.

Menurut laporan, penjenayah melarikan sejumlah barang kemas berupa cincin, gelang emas, anting anting & rantai kaki selain komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Kejadian rompakan ini di’laporkan tidak pun di’sedari sesiapa ketika berlaku dan keluarga Aznil Hj Nawawi alami kerugian sebanyak RM40,000 keseluruhan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut dengan memberitahu rumah milik adik Aznil itu turut didiami selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya.