fbpx

Ruhainies Tak Mahu Dedah Kekasih, Takut Dirampas

Sebelum ini Ruhainies pernah menafikan hubungan cinta bersama salah seorang pemain bola sepak JDT, rupa-rupanya hatinya sudah dimiliki oleh seorang ahli perniagaan. Namun Ruhainies enggan mendedahkan wajahnya, risau kena curi!

BACA: “Betul Dia Bagi Bunga, Tapi Kami Hanya Kawan”

Menerusi pertanyaan rawak di Instastory, Ruhainies menjawab beliau memang sedang dilamun cinta namun sengaja enggan mendedahkannya kepada umum kerana bimbang dirampas wanita lain.

Malah sebelum ini Ruhainies juga pernah berkongsikan paparan skrin perbualannya bersama si kekasih hati hati mengenai soal perkahwinan. Manja sungguh Ruhainies dengan kekasih hati ya!

Dalam masa yang sama, peminat juga tidak sabar menantikan wajah kekasih Ruhainies didedahkan. Kalau sampai kena sorok tu, mesti kacak orangnya kan, ahli perniagaan pula tu. Nanti cepat-cepatlah langsung ya! (rtky/w)