fbpx

“Betul Dia Bagi Bunga, Tapi Kami Hanya Kawan”

Pengakuan dari pemain bola sepak JDT, Safawi Rashid mengenai hubungan rapat dengan Ruhainies menimbulkan tanda tanya apakah mereka bercinta. Apalagi bila Ruhainies sering menerima jambangan bunga dari Safawi.

BACA: Ruhainies Beli Kondo, Kereta Mewah Hasil Usaha Sendiri

“Saya ingin tegaskan yang hubungan kami sememangkan tidak lebih daripada kawan. Saya mengenali dia melalui pembantu peribadi saya. Memang betul dia ada hantar bunga tapi sejujurnya hubungan kami setakat itu sahaja”

Jelas Ruhainis, pada saat ini beliau hanya ingin menumpukan perhatian terhadap perjalanan keriernya dulu. Sebagai pemain bola sepak pulak, Ruhainies risau gosip liar ini menganggu prestasi ‘rakan baik’nya itu.

“Tak pernah terfikir nak lebih daripada itu. Tambahan pula sekarang ini saya sibuk dengan lakonan dan baru berjinak-jinak dalam dunia penerbitan. Saya bimbang juga kalau gosip itu mengganggu prestasi dia. Harap dia buat yang terbaik dalam setiap perlawanan,” katanya.

Sebelum ini Ruhainies pernah dikaitkan dengan suami Adira, Datuk Red apabila sebuah video menunjukkan usahawan itu merangkul pinggangnya. Namun Ruhainies menafikan mempunyai skandal dengan suami orang.

Kemudian Safawi pula sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti seperti Wany Kayrie dan sweet Qismina sebelum digosipkan bersama Ruhainies. (rtky/w)