fbpx

Ruhainies Sudah Biasa Berjauhan Dengan Teman Lelaki

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pasti sukar buat pasangan bercinta kerana tidak dapat berjumpa. Meskipun tidak dapat berjumpa dengan kekasih ketika PKP ini, bagaimanapun Ruhainies berkata ianya tidak menjadi masalah buat mereka.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Mengakui rindu dengan teman lelakinya, namun Ruhainies mereka sudah biasa dengan situasi tersebut kerana sebelum ini kekasihnya menetap di London. Namun Ruhainies berkata, kekasihnya kini sudah menetap di Kuala Lumpur.

BACA: Ruhainies Buat Kejutan Hari Jadi Kekasih, Siap Bawa Naik Helikopter

“Mestilah rindu dekat buah hati tapi mungkin sebab kami dah biasa Long Distance Relationship jadi apabila tempoh PKP ini tak terasa sangat. Sebelum ini pun kami berjauhan, dia bekerja di London dan saya di Malaysia, jadi ia bukan isu besar bagi kami.

“Sekarang ini dia sudah menetap bersama keluarga di Kuala Lumpur tapi disebabkan PKP, duduk rumah sahaja. Tapi cara kami lepaskan rindu, setiap hari kami buat panggilan video, telefon dan berborak sampai malam. Jadi memang tak ada masalah langsung!,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata perlaksanaan PKP ini ada hikmah buatnya kerana dia boleh meluangkan masa bersama semua ahli keluarga. Malah, tidak sabar untuk menyambut Ramadan kerana dapat berkumpul bersama dan tidak seperti sebelum ini.

“Sepanjang PKP ini memang habis masa dekat rumah sahajalah, tengok muka adik-beradik 24 jam, kemas rumah, belajar memasak. Sebenarnya ada hikmah juga… sebab saya dapat luangkan lebih masa dengan mereka yang mungkin sebelum ini kita ada tertinggal waktu berharga bersama.

“Sekarang ini saya tak sabar menanti Ramadan kerana setelah lima tahun, akhirnya kami sekeluarga dapat berbuka bersama-sama. Kalau sebelum ini memang tak boleh nak berkumpul sebab masing-masing sibuk dengan komitmen kerja,” katanya.