fbpx

Ruhainies Buat Kejutan Hari Jadi Kekasih, Siap Bawa Naik Helikopter

Kini sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Mr E, Ruhainies dilihat semakin kerap berkongsikan momen romantik bersama kekasihnya di media sosial namun tidak didedahkan wajahnya.

Baru-baru ini, Ruhainies berkongsikan momen indah meraikan hari jadi kekasihnya dengan menaiki helikopter. Menerusi Insta Story, Ruhainies turut berkongsikan videonya dengan kekasih bersiar-siar di ruang udara Kuala Lumpur.

BACA: Ruhainies Bengang Dengan Kedutaan Malaysia Di Filipina

Menerusi satu perkongsian, Ruahinies meluahkan rasa cintanya serta berharap kekasihnya itu sukakan kejutan hari jadi tersebut. Ruhainies turut mengatakan dia sangat gembira kerana dipertemukan dengan kekasihnya itu.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan ini yang sentiasa romantis. Tidak kurang juga ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan itu segera mendirikan rumah tangga.

Mungkin Ruhainies mahu merasai saat-saat indah bercinta terlebih dahulu. Apa pun semoga hubungan cinta yang dibina kekal bahagia sampai ke jinjang pelamin.