fbpx

Ruhainies Nafi Syok Sendiri Balas Soalan Di Instagram Story

Pelakon sensasi, Ruhainies menafikan dirinya sendiri yang membalas soalan di Instagram Story seperti yang didakwa oleh netizen.

Memetik temu bual Xtra, Ruhainies berkata ianya soalan daripada pengikut di media sosial miliknya dan ramai pengikutnya memberi sokongan secara diam-diam sejak kontroversi terpalit dirinya.

BACA: Ruhainies Dah Tak Contact Aliff Aziz

Menurut Ruhainies lagi, dia mendedahkan menerima sehingga tiga juta ‘viewers’ setiap hari di Instagram Story.

“IG Story Anis (Ruhainies) ada dua hingga tiga juta yang tengok setiap hari. 

“Dalam tiga juga, takkan semua negatif. Mungkin korang semua nampak komen negatif di media sosial lain, dalam ada penyokong dalam diam lagi ramai,”katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies turut mendedahkan menerima banyak tawaran kerja dari negara seberang selepas kontroversinya menjadi bualn ramai namun tidak boleh berkongsi lebih lanjut.

“Apa yang saya boleh katakan, benda yang jadi ini semuanya ada hikmah. Tipulah kalau tak terkesan, ada kelebihan juga bila benda ni jadi.

“Allah dah susunkan, setiap ujian pasti ada hikmah. Saya dapat banyak tawaran kerja dari negara seberang. Saya tak boleh cerita lebih lanjut sebab masih dalam proses perbincangan,” katanya.

SUMBER: Xtra