fbpx

Ruhainies Dah Tak Contact Aliff Aziz

Pelakon sensasi, Ruhainies berkata dia tidak lagi berhubung dengan Aliff Aziz selepas kontroversi melibatkan dirinya dengan rumah tangga aktor berkenaan.

Memetik Astro Gempak, Ruhainies berkata dia tidak mahu lagi memanjangkan isu tersebut dan memberi fokus pada kerjaya seninya.

BACA: “Cubalah Tanya Ruhainies”

“Tidak lagi berhubung dengan Aliff. Buat apa nak keruhkan lagi. Saya nak tutup buku. Saya pun dah minta maaf. Rasanya semua pihak boleh move on. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia lagi.

“Jadi fokus saya sekarang adalah karier. Apa yang saya boleh katakan, saya tak mahu panjangkan isu ini.

“Saya tak mahu isu ini lebih panjang. Bila ada kenyataan baru, takut tiada penghujung,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan berkomplot dengan Aliff untuk menjatuhkan Bella, Ruhainies enggan mengulas lanjut.

“Itu adalah pendapat siapa? Bukan saya. Saya tak boleh nak cakap lebih. Kalau saya menidakkan, orang cakap memang saya buat.

“Benda itu di luar kawalan saya. Saya tak mahu tegakkan apa-apa lagi,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak