fbpx

Ruhainies Mahu Kurangkan Bercakap Tentang Kekasih

Tidak berselindung mengenai kisah peribadinya dan hubungan cintanya dengan seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Mr E, bagaimanapun Ruahinies tidak mahu perkara itu menjadi tajuk utama dan mahu lebih bercakap mengenai soal kariernya.

Ruhainies juga menyedari kisah cintanya lebih banyak diperkatakan berbanding kerjayanya sebagai pelakon. Namun jelasnya lagi, dia tidak pernah menjaja kisah cintanya tetapi hanya menjawab soalan diajukan oleh media.

BACA: Keluarga Ruhainies Terlibat Kemalangan, Ibu Patah Tangan

“Kalau boleh, saya nak kurangkan bercakap mengenai soal peribadi. Selepas ini, saya mahu lebihkan bercakap soal karier. Sejujurnya, saya sedar kisah hubungan cinta saya lebih diperkatakan berbanding cerita berkaitan kerjaya.

“Bila orang tanya saya mengenai kisah peribadi, terutamanya pihak wartawan, memang saya akan jawab. Bukan saya yang cari, mereka yang bertanya… Saya hanya menjawab dan faham dengan niat mereka,” katanya kepada Astro Gempak.

Kata Ruhainies lagi, jika ada netizen bertanyakan tentang kisah peribadinya di media sosial, dia tidak akan membalas persoalan tersebut.