Malang tidak berbau, itulah yang diibaratkan apabila keluarga Ruhainies berdepan detik cemas terbabit dengan kemalangan semalam. Menurut Ruhainies, kereta yang dipandu adiknya bertembung dengan sebuah kereta.

BACA: Ruhainies Dikecam Gara-Gara Kekasih Suap Nasi Kandar Dalam Ferrari

“Kereta yang dinaiki oleh leluarga saya terbabit dalam kemalangan di Jalan Tun Razak berhadapan IJN pukul 2 pagi. Kami semua baru baru pulang daripada menyambut hari jadi bapa. Mereka naik satu kereta dan saya dalam kereta lain”

“Ketika dalam perjalanan itu, adik maklumkan yang mereka kemalangan. Sebuah kereta tiba-tiba muncul melawan arus dari depan. Disebabkan itu kereta dipandu adik tidak sempat mengelak dan terus bertembung. Kereta rosak teruk,” jelasnya.

Dalam kemalangan itu, ibunya, Che Bunga Salleh mengalami patah pergelangan tangan kanan. Manakala bapanya pula mengalami bengkak pada kepala. Selain kedua ibu bapa, dua penumpang lain adalah kakaknya, Risteena dan adiknya.

Kongsi Ruhainies lagi, ketika ini keluarganya masih di hospital untuk pemeriksaan dan rawatan. Terdahulu kereta jenis Kia Sportage yang dipandu adiknya remuk teruk dibahagian hadapan akibat kemalangan itu. (rtky/w)

View this post on Instagram

Semoga ada hikmah di sebaliknya

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on