fbpx

Pelakon sensasi, Ruhainies memaafkan individu yang mengecamnya serta bergosip mengenainya susulan kontroversi terpalit dirinya.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Ruhainies menjawab respon seorang netizen yang tampil memohon maaf kerana bercakap buruk mengenai pelakon itu.

BACA: Tukar Bio ‘NRF, LUSM’ Di IG, Sarah Yasmine Anggap Ruhainies Tak Tahu Malu

Menurut Ruhainies, dia juga ada melakukan kesalahan dan tiada manusia yang sempurna serta sedia untuk memaafkan semua orang.

“Saya juga ada salah saya. Tiada manusia yang sempurna. Saya sedia maafkan sesiapa sahaja. InsyaAllah,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ruhainies meminta orang ramai ‘move on’ dan melupakan apa yang terjadi serta menitipkan doa agar aibnya serta semua orang dipelihara oleh Allah.

“It’s okay, let’s move on. We have better things ahead. Saya dah tak fikir dan sekarang nak fokus on being happy dan membahagiakan orang sekiling saya termasuk followers saya. Okay?

“Kita doakan yang terbaik untuk satu sama lain dan semua pihak. Please. All love for you, who are reading this,” tulisnya.

SUMBER: mStar Online