fbpx

Baru saja memohon secara terbuka sehingga mengalirkan air mata di Melodi semalam, pelakon sensasi Ruhainies sekali lagi menjadi bualan ramai apabila menulis NRF, LUSM di bio Instagram miliknya.

Difahamkan, perkataan itu merujuk kepada mesej yang didedahkan oleh kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine minggu lalu.

BACA: “Boyfriend Ruhainies Yang Bayarkan Semua Kos Libatkan Aliff…”

Bukan hanya Ruhainies, malah kakaknya Risteena turut memuat naik hantaran di Insta Story dengan kapsyen ‘Hey LUSM’ pagi tadi.

Susulan itu, Sarah dilihat ada memuat naik di Insta Story mempersoalkan tindakannya dalam temu bual bersama Melodi yang mengatakan mahu berdamai namun melakukan sedemikian.

Malah, Sarah turut menyifatkan Ruhainies seorang yang tidak tahu malu serta mengingatkan jangan sampai dia mengeluarkan bukti mesej ketika hari kejadian aktres itu ditangkap khalwat dengan Aliff Aziz.