fbpx

“Cubalah Tanya Ruhainies”

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meminta agar bertanyakan kepada aktres sensasi, Ruhainies apabila ditanya mengenai konflik rumah tangganya dengan aktor, Aliff Aziz. 

Menerusi Harian Metro, Bella juga enggan mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura minggu lalu.

BACA: Lebih Sebulan Tak Contact, Aliff Aziz Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella Astillah

“Cubalah tanya Ruhainies. Maaf saya tak nak komen,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya sama ada dia sudah sedia dengan kes mahkamah yang akan datang, Bella berkata dia sudah bersedia dari aspek mental dan fizikal.

“InsyaAllah, saya sudah sedia,”katanya.

Sebelum ini menerusi podcast The Common Folks, Aliff menjelaskan punca mengapa baru sekarang dia munculkan diri kerana jika dia yang bersuara terlebih dahulu keadaan akan jadi lebih teruk.

Menerusi podcast itu juga, Aliff turut mendedahkan sudah sebulan lebih dia tidak berhubung dengan isterinya serta anak-anak kerana dia menjadi takut mendengar suara Bella.

SUMBER: Harian Metro