fbpx

Ruhainies Bakal Dedah Sesuatu?

Perkongsian pelakon sensasi, Ruhainies di Insta Story menjadi perhatian apabila menyatakan dia akan berkongsi sesuatu yang akan mengejutkan orang ramai.

Menerusi entri itu, tidak dijelaskan lebih lanjut mengenai apa yang dia ingin dedahkannya.

BACA: Siasatan Kes Khalwat Ruhainies, Aliff Aziz Sudah Selesai

“Things that I’m gonna share today might surprise all of you,” tulisnya.

Sementara itu, dalam perkongsian lain Ruhainies berkongsi mengenai beberapa perkara yang perlu menjadi privasi individu dalam Islam.


Difahamkan, Ruhainies berkongsi semula nasihat daripada sebuah akaun perkongsian islamik.

Katanya, seseorang itu tidak perlu berkongsi soal dosa, dosa orang lain, isu keluarga, isu rumah tangga, amal ibadah, pendapatan, perancangan, amanah, pencapaian dan kesusahan diri.

SUMBER: Xtra