fbpx

Siasatan Kes Khalwat Ruhainies, Aliff Aziz Sudah Selesai

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah melengkapkan kertas siasatan kes tangkap khalwat melibatkan dua pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies.

Menurut Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata kertas siasatan tersebut telah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS WP) untuk tindakan lanjut.

BACA: “Korang Buang Macam Sampah, Macam Bella Pula Kena Tangkap Khalwat?” – Didi Astillah

“Siasatan sudah selesai dan Jawi memberi kerjasama kepada Jabatan Pendakwaan Syariah untuk melengkapkan siasatan tersebut.

“Kertas siasatan pun sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan, insya-Allah sebagaimana prosedur biasa itulah prosesnya,” katanya.

Mohd Ajib berkata lagi, keputusan selanjutnya adalah di bawah tindakan pihak JAPENS WP bagi membuat dakwaan hasil daripada kertas siasatan tersebut.

“Semuanya terpulang kepada JAPENS untuk buat pendakwaan selepas siasatan lengkap. Tarikh selanjutnya tiada tapi ia bergantung kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan,” katanya.

Pada 9 Mac lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan berita Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

SUMBER: mStar Online