Ya, akhirnya ada kenyataan dari pihak yang satu lagi tentang perkahwinan Zain Saidin & Rozita Che Wan yang menjadi bualan ramai sepanjang hujung minggu lalu.

Rozita Che Wan hari ini berkata kepada Utusan Malaysia mengakui yang hubungan beliau & Zain Saidin kini sememangnya serius tetapi belum sampai ke tahap merisik atau bertunang.

“?Pada saat ini hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing, biarpun sudah lama berkawan. Kalau ada jodoh, adalah. Biar Allah yang tentukan semuanya”

Namun, Rozita Che Wan turut berkata yang beliau kini masih sibuk dengan dunia lakonan dan tiada masa untuk memikirkan akan perkahwinan — tetapi tidak menolak jodoh dengan Zain Saidin.

“Seperti yang peminat tahu, itu merupakan pendapat Zain secara peribadi. Harapan saya agar peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan kami”