fbpx

Pulang Dari Umrah, Rozita Che Wan Kini Berhijab

Tahniah diucapkan kepada Rozita Che Wan kerana kini telah memilih untuk terus berhijab setelah selamat pulang ke tanah air hari ini daripada mengerjakan umrah di tanah suci bersama suami. Wah, semakin ramai kini barisan selebriti tanah air yang berhijrah.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

BACA: Rozita Che Wan, Zain Saidin Kongsi Gambar Umrah Bersama

Rozita-Che-Wan-Kini-Bertudung-Labuh

Pengakuan mengenai keputusan untuk berhijab tersebut telah diberitahu melalui akaUn Instagram milik pengurusnya dan disusuli dengan ucapan tahniah yang tidak henti-henti kepada Che Ta daripada peminat di atas perubahannya itu.

Nampaknya kini sudah semakin ramai barisan selebriti wanita yang mengambil keputusan untuk bertudung litup. Mungkin ini juga doa daripada peminat yang mahukan artis kesayangan mereka bukan sahaja kelihatan cantik di luar malah turut cantik di dalam.

Apa-apa pun, semoga perubahan positif ini bakal membawa satu sinar baru kepada kehiduan keluarga Che Ta dan juga Zain. Mana tahu selepas ini, bukan sahaja artis lain yang akan turut berhijrah, malah peminat juga turut sama berubah ke arah kebaikan. (rtky/syfq)