Bakal pulang ke tanah air pada 5 Mac ini, kami lihat pasangan ini bahagia sungguh ketika mengerjakan umrah bersama-sama di tanah suci. Rozita Che Wan dan juga Zain Saidin banyak berkongsi gambar sepanjang mereka berada di sana.

BACA: Rozita Che Wan Berhijab, Hadiahkan Pakej Umrah Pada Zain


Selain itu, Zain di dalam akaun akaun Instagramnya juga beberapa kali mengucapkan rasa syukur diberi peluang menjejakkan kaki di sana.

“Alhamdulillah dapat juga menjejakkan kaki ke sini bersama isteri tercinta. Ia satu rasa yang cukup indah,” kata bapa kepada Aaisyah Dhia Rana itu dipetik daripada Berita Harian.

Manakala bagi Rozita Che Wan pula, jelas kelihatan dirinya sedang merindui anak kecil yang berada di sini apabila dilihat beberapa kali memuat naik gambar Aaisyah Dhia Rana. (rtky/syfq)