Ini sesuatu yang mungkin mengejutkan ramai peminat hiburan tetapi keputusan ini turut menjadi kejutan buat kami.

Petang tadi berlangsung'nya sidang media Anugerah Skrin 2011 untuk kesekian kali'nya di sebuah hotel Kuala Lumpur.

Majlis petang tadi sebagai pelancaran rasmi tema rasmi Anugerah Skrin 2011 yang menggunakan Golden Glamour untuk perhiasan dan tema pakaian selebriti.

Dalam majlis yang sama, mereka turut mengumumkan pasangan pengacara untuk Ally Iskandar dan nama Rozita Che Wan menjadi pilihan pihak atasan penganjur Anugerah Skrin 2011.

Kami sempat bertanyakan Ally Iskandar tentang pemilihan Rozita Che Wan, pengacara popular ini mengakui yang pemilihan aktress itu adalah satu gimik untuk menarik peminat penonton.

Ally Iskandar turut menjawab tentang persoalan tentang kemampuan Rozita Che Wan sebagai pengacara dan beliau yakin akan pasangan beliau untuk Anugerah Skrin 2011 itu mampu menjalankan tugas dengan baik.

zp8497586rq