Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan yang ditemui ketika sidang media program Pureen Chak Chak kelmarin memberitahu dia mengamalkan ‘Akar Fatimah‘ untuk memudahkannya ketika saat-saat melahirkan bayi perempuannya nanti — ia dikatakan telah diimport dari Mekah.

“Sepanjang mengandung ini saya telah mengamalkan beberapa surah daripada Al-Quran seperti surah Maryam dan surah Imran. Manakala di saat-saat kelahiran yang bakal tiba dalam beberapa minggu sahaja lagi ini saya akan mencuba pula Akar Fatimah yang diimport dari Mekah”

”Khasiatnya terlalu banyak dan salah satunya adalah untuk memudahkan saya bersalin di saat-saat kelahiran kelak,“ katanya yang kelihatan berseri-seri di majlis itu.

BACA: Di Sekitar Kemeriahan ‘Baby Shower’ Rozita Che Wan, Zain Saidin

Che‘Ta turut menjelaskan ada 3 perkara yang masih dirahsiakan daripada pengetahuan umum iaitu nama bayi yang bakal dilahirkan, tarikh dijangka bersalin dan juga wajah bayinya nanti. Jika ingin tahu 3 perkara tersebut, bolehlah menonton Pureen Chak Chak di saluran Astro Ria.

“Nama anak masih tidak boleh diberitahu kepada umum lagi, tetapi saya dan Zain sudah bincang beberapa nama dan akhirnya kami sudah ada nama yang telah dipersetujui. Tarikh jangkaan saya bila-bila masa sahaja dan begitu juga wajah bayi yang hanya akan diberi secara eksklusif kepada program HLIVE! sahaja,“ ujarnya.

Sementara itu, Che‘Ta juga telah menyiapkan kamar untuk bakal bayinya itu dengan menempah khas pereka bagi memberikan lagi sentuhan eksklusif buat bayinya nanti.

“Saya telah menempah khas daripada Kudin untuk kamar bayi atau ‘baby court‘ yang serba putih krim dan begitu juga dengan baju-baju bayi,“ katanya.

Mahu Kembali Bentuk Asal, Che Ta Berpantang Makan Selama Setahun

Demi untuk mendapatkan badan yang langsing seperti sebelum ini, Che‘Ta akan berpantang biasa selama 45 hari dan berpantang makan selama setahun. Selain itu, me gambol suplemen tambahan untuk mengekalkan kesihatan dan stamina.

“Saya akan berpantang selama 45 hari dan pantang pemakanan selama setahun. Ketika pantang juga saya akan diet dan makan makanan secara catuan kerana sewaktu pantanglah bermulanya untuk kita menjaga semula proses pemakanan dan akan mengambil makanan yang berkhasiat untuk menyusu badan,“ katanya.

Program realiti Pureen Chak Chak juga tidaklah keterlaluan seperti ‘Kim Kardishian‘ kerana masih menjaga privasi dan bagi Che‘Ta dan Zain sendiri tidak ada masalah bagi mereka untuk menyertai program itu kerana mahu bersama-sama dengan masyarakat Malaysia melihatkan bagaimana susahnya pengorbanan seorang ibu melahirkan anak.

“Rasanya tidak terlalu ‘exposed‘ dan masih lagi menjaga privasi saya. Program ini lebih banyak kepada temuramah dan produksi itu sendiri tahu bagaimana untuk melakukan penggambaran yang sewajarnya,” tambahnya lagi kepada para media. (rtky/hfz)