fbpx

Rozita Che Wan Akui Cari Lelaki Kacak & Kaya Atau Berkemampuan

Berkemampuan adalah perkataan kiasan oleh wanita untuk gambarkan lelaki yang kaya dan berharta. Jadi, kami gunakan terus kaya dan berharta, kerana kami jujur. Heh.

Anda tahu siapa lagi yang jujur di hari raya Aidilfitri nan mulia ini? Ya, Rozita Che Wan dan beliau mengakui yang diri'nya kini sedang mencari lelaki kacak yang sempurna.

Bercakap kepada mStar Online, Rozita Che Wan berkata beliau mempunyai kriteria tersendiri sebelum berkawan dengan mana mana lelaki terutamanya yang muda.

Lebih menarik kriteria yang di'senaraikan oleh Rozita Che Wan memang superficial kesemuanya dan beliau mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

“Saya suka lelaki yang kacak, tidak banyak kerenah & matang dalam menangani hubungan, bukannya lelaki yang perlu saya bimbing,” ujar Rozita Che Wan baru baru ini.

“Apa yang menyakitkan kalau ditipu oleh lelaki biasa yang kekurangan banyak aspek. Sebab itu, saya lebih rela mencari kekasih yang kacak dan berharta,” tambah beliau lagi.

Dan kenyataan itu keluar kerana beliau memikirkan risiko yang di'tanggung jika bercinta dengan lelaki biasa & mempunyai banyak kekurangan — dan lebih baik bercinta dengan mereka yang 'sempurna'.

zp8497586rq