Selepas berpuas hati dengan keterangan serta bukti diberikannya selepas dibelasah oleh Awie pada 2 Jun 2014 lalu, Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand telah menerima permohonan fasakh yang dibuat oleh Rozana Misbun pada 1 November 2014.

“Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya bukan lagi isteri Awie berkuat kuasa 1 November 2014”


“Bertitik tolak dari kejadian 2 Jun 2014 yang dikemukakan, permohonan cerai saya telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Songkhla, sekali gus sijil perceraian yang sah mengikut undang-undang telah dikeluarkan dan disahkan pihak terbabit,” ujarnya kepada mStar Online hari ini.

BACA: Rozana Misbun Dakwa Patah Tulang Rusuk, Retak Tulang Hidung Dibelasah Awie

Permohonan itu dibuat di pejabat agama Islam berkenaan kerana ia adalah lokasi di mana mereka bernikah pada 20 Jun 2005. Bagaimanapun pernikahan itu sehingga sekarang gagal didaftarkan di negara ini sehinggalah permohonan cerai tersebut dilakukan.

Dalam masa yang sama, Rozana Misbuk meminta Awie supaya memenuhi arahan mahkamah untuk menyerahkan anak sulung mereka Putra Ahmad Merrah, 8, yang kini berada bersama Awie kerana hak penjagaan sementara diperoleh Rozana pada 27 Januari lalu.

“Saya bersyukur kepada Allah kerana dua daripada tiga anak saya kini berada bawah jagaan saya. Insya-Allah saya tidak pernah putus berdoa dan yakin bahawa anak sulung saya iaitu Merrah akan kembali ke pangkuan saya dan adik-adiknya nanti,” tambahnya. (rtky/m)