fbpx

Isteri kepada vokalis kumpulan Wings, Awie iaitu Rozana Misbun telah memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini (Rabu) bahawa dua tulang rusuk kirinya patah manakala hidungnya retak akibat dipukul suaminya itu tahun lalu.

BACA: Awie Tuntut RM1 Juta Daripada Rozana Misbun

Patah-Tulang-Rusuk,-Retak-Tulang-Hidung-Dibelasah-Awie---ROTIKAYA_002

Menurut Rozana, Awie turut bertindak menumbuk mukanya bertubi-tubi selepas berlaku perselisihan faham di rumah sewa mereka di Ukay Perdana kira-kira pukul 1.30 petang, 2 Jun tahun lalu selepas Awie menuduh dia mencuri wang milik Awie biarpun telah menjelaskan ia digunakan untuk perbelanjaan keluarga.

“Ketika kejadian, berlaku perselisihan faham di antara kami di dalam bilik pembantu rumah kami selepas dia menuduh saya menggunakan wangnya tanpa kebenaran. Saya menjelaskan wang berkenaan digunakan untuk perbelanjaan keluarga”

“Namun dia tidak percaya sebelum menumbuk wajah saya bertubi-tubi terutama pada bahagian hidung,” dedahnya sambil memberitahu Awie menendang pada bahagian rusuk kirinya dan memijak badannya menggunakan kaki malah turut menendang mukanya ketika dia rebah.

Rozana menjelaska perkara berkenaan bagi menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Reen pada hari kelima perbicaraan kes berkenaan. Perbicaraan tersebut didengar di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman. (rtky/s)