Rozana Fail Permohonan Batalkan Hak Penjagaan Anak Sementara Awie
Isteri penyanyi dan pelakon, Awie memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah hak penjagaan sementara (hadanah) ke atas tiga anak mereka yang diperoleh artis itu yang diputuskan Mahkamah Tinggi Syarie pada 21 Julai lalu.
Rozana Misbun turut memohon membatalkan permohonan injunksi yang difailkan secara ex-parte (sebelah pihak) oleh Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 46, pada 16 Julai lalu untuk menghalang Rozana daripada mendekati atau menghubunginya dan anak-anak mereka dalam apa jua cara sekalipun.
BACA: Awie Akui Bahagia Dengan Anak Anak Tanpa Rozana, Mahu Jadi Bapa Terbaik
Sebutan pertama permohonan tersebut telah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah pada Khamis (hari ini). Bagaimanapun Awie yang diwakili oleh peguamnya, Mohd Hafizol Pacho telah memohon bantahan awal terhadap permohonan isterinya itu.
Mahkamah menetapkan tarikh 17 September 2014 untuk mendengar penghujahan dan tarikh 18 September 2014 untuk keputusan permohonan bantahan tersebut.
Pada prosiding yang sama, Rozana menerusi peguamnya, Majdah Muda telah memohon secara lisan pindaan hak lawatan anak-anak yang diperolehi pada minggu pertama dan minggu ketiga selama dua jam pada setiap bulan di kediaman Awie yang terletak di Ukay Bestari ditukar ke kediaman ibu bapa anak guamnya yang terletak di Pantai Hill Park.
Ia berikutan Mahkamah Majistret sebelum ini telah mengeluarkan perintah pelindungan iaitu Rozana tidak dibenarkan berada dekat dengan Awie. Mahkamah juga dimaklumkan Rozana sehingga hari ini tidak dibenarkan berjumpa anak-anaknya.
Minta Media, Orang Ramai Tidak Buat Laporan Prejudis
Selain itu, peguam Rozana juga memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah tegahan agar anak guamnya tidak diprejudiskan oleh media samada akhbar atau mana-mana media sosial. Bagaimanapun mahkamah menolak kedua-dua pemohonan tersebut kerana ia perlu dibuat mengikut prosedur.
“Segala permohonan hendaklah dibuat secara teratur dan bukannya secara lisan. Selain itu mahkamah tidak menghalang media massa membuat laporan selagi ianya tidak memprejudiskan kes dan subjudis terhadap kes,” kata Amran.
Terdahulu Awie telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang pada 3 Julai lalu atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun di kediaman mereka di Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 2 Jun lalu. Awie bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang dibacakan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.
Awie dan Rozana bernikah di Songkhla, Thailand pada 20 Jun 2005. Hasil perkahwinan itu merkeka dikurniakan tiga orang anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4. Menerusi perkahwinan terdahulu Awie bersama penyanyi Arni Nazira, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, dan Puteri Aleefa Antasha, 12, yang kini tinggal bersama Awie. (rtky/fr)
janganlah siishkan ibu walau apa pun. takkan lahir anak2 tanpa dia…
ksian perasaan anak2… klau pun ibu yg bersalah.. kaseh syg seorg ibu lain dr kaseh syg seorg bapa..
tiada bapa pun anak takkan ada kan?
haram dan berdosa, kita pisahkan seorang ibu dengan anak-anaknya, tak baca al-quran dan hadis ke? si ibu yang melahirkan dan mengandungkan tp bila ada masalah rumah tangga si ibu diketepikan macam tu aje, even Nabi Muhammad s.w.t pun kata sejahat mana seorang ibu dia tetap seorang ibu . Bertaubatlah
Mmg klu bkn tiada bapa ank x lahir ke dunia tp tau ke betapa besar pengorbanan si ibu ketika hamil selama 9 bln & ketika saat dia melahirkan anak si ibu itu yg bertarung nyawa demi melahirkan ank yang di kandung.. Seorg bapa blm tntu dpt bertahan seperti mana seorg ibu yg menanggungnye.. Mcmane buruk skali pn si ibu dia tetap ibu pd ank2nye..
Btalkan jer.. tetiba dpt hak jagaan sementara padahal ada kes pukul… nikah pun tak register alamat pun palsu.. padia pny jantan takdak peliaq hang ingat semua benda hang bole beli ka! jantan mcm ni elok bg penerajang ja.. ingat ang kawin dgn ank kucin ke..
Sape yg xpnh alami mslh cmni Xthu prasaan die cmne…jgn maen ckp ikt prasaan….
menyeru ustaz & ustazah instant di rotikaya untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau blind assumption / accusation for both parties.
tak kisah lah awie kaki pukul ke sebelum nie or rozana is the bad mother before; just bear in your mind wahai ustaz & ustazah instant, all men are innocent until proven guilty.
so, just be patient & wait for the court final decision. until then if you have nothing good to say just shut up!
Hak penjagaan di putuskan selepas berlakunya perceraian. Isteri x tinggalkn / kuar rumah sehingga pengisytiharan jatuhnya talaq. Kerana isteri yg dceraikan berhak keatas setiap harta sepencarian. Rumah yg isteri tinggal bersama anak suami adalah hak isteri & anak2.
Tak pernah dengar Awie ceraikan isterinya. Yg kita dengar & baca berita adalah isterinya mengadu dipukul.
aiitt.. rozana kena pukul dengan awie tapi awie yang minta perintah pelindungan tak bagi dekat.. gile pe..
Apa punyer hal la ni !!!
Bukannya patutnya anak yang kecil ke duduk ngan mak ke? Ayah tanggungjawap kene cari duit, nafkah anak kasi kat isteri.
http://www.groboc.com.my we sell children cloth, We have more than 15 designs of frozen dress. Come visit our website now.
apahal lah suami isteri ni. nak kata masih sayang tidak ke arah tu pun. takde bunyi nak berbaik baik pun. kini si isteri pulak nak hak lwatan anak2 walhasil masih ada ikatan suami isteri lagi. si isteri tidak dibenar suami tinggal sebumbung dengan si suami dan anak2. teruk betul.. walhasil masih isterinya yang sah. kini siisteri kena tinggal asing dan tidak di benar dekat anak2 macam orang asing pulqak. kejam betul si suami ni. dia tau tak siapa yang beranak dan membesarkan anak apabila dia mengasingkan diri memenuhi permintaan undangan hiburan sana sini? tau ke dia kalau si buruk sekali pun, dia isteri yang sah dan melahirkan anak2 kandungan nya. tiada ke sesikit perasaan simpati dalam diri nya terhadap isteri nya? klau isteri dapat memaafkan segala kekerasan nya mengapa dia tak boleh memaafkan isteri nya? entahlah.. ni lah nama lelaki… bila nak tak fikir masak2.. entah2 nak jadi alasan nak kahwin lagi… tu yang sebenar.
sy pernah kena pukul dgn suami. Lps buat check up & report polis, polis bagi surat utk refer Jbtn Kebajikan Masyarakat. Pastu, minta IPO (Interim Protection Order) kat mahkamah.
aku pon simpati pda rozana walaupon dari mula tak rsa ska mrka kawen sulit dlu….Maaf2 kta….pndangan ku gtu…
Kesian anak2 yag tak berdosa dan masih tak dapat berfikir yg mana baik yg mana buruk….. anak2 masih perlukan belaian seorang ibu….tatkala ayah keluar tiada dirumah…. ibulah penawar duka dan sakit pening anak…. masing2 memerlukan kasih sayang..
Walaupun sebelum ni tak suka ngan rojana yg habiskan duit suami tapi kesian juga kat dia sebab d jauhkan dari anak2.y la ibu niy mengandung anak 9bulan .9bulan macam2 rasa cuma ibu sahaja yg rasa .tidur pon susah bila perut dah tambah besar .
shamil…ko pon shut up, jgn berlagak loyer pulak
Utk no. 3. Mmg r xde bapa xkn ada ank..tp bapa nk buat ank time sedap je..yg tanggug isteri smbilan bulan semua serba xkena,nk kua kn ank lg..ckp xpkai otak..w/p si ibu yg salah tp jgn la smpai putuskn iktan ibu & ank, @ bapa & anak..