fbpx

Awie: Kehidupan Saya & Anak Anak Bahagia Tanpa Rozana

Walaupun proses perbicaraan berkaitan kes dakwaan Awie memukul isterinya, Rozana Misbun kini masih berjalan, ianya tidak menghalang penyanyi ini untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa selepas mendapat hak penjagaan sementara anak anak mereka.

“Sudahlah Bersara Tanpa Simpanan, Kerja Fast Food Pun Kena Buang Kerana Boikot”

"Minta maaf Pak Tam, outlet kita kena tutup hujung bulan ni sebab sales makin kurang," itulah kata kata yang meremukkan hati Rustam Ramli, 61 tahun atau lebih senang dipanggil Pak Tam dikalangan rakan sekerjanya yang...

Baca Lagi

Mahkamah sebelum ini telah memutuskan Awie mendapat hak penjagaan sementara ketiga-tiga anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

BACA: Proses Sulh Awie Dan Rozana Misbun Gagal

Dalam kenyataan terbaru kepada media, Awie mendakwa kehidupan mereka tidak banyak yang berubah selepas tidak tinggal bersama dengan isteri dan bersyukur kerana mendapat hak penjagaan anak oleh mahkamah.

“Tiada apa yang berubah selepas kami tidak tinggal bersama. Cuma bulan Ramadhan yang lalu buat pertama kali dalam hidup saya bangun pagi dan masak sahur untuk anak-anak. Malah jika saya terlibat dengan penggambaran, bila masa rehat saya akan pulang dan masak lauk untuk mereka berbuka. Saya mahu mereka rasa nikmat makan air tangan bapa mereka”

“Alhamdulillah anak-anak tak pernah komen apa-apa. Raya baru-baru ini mereka nyatakan hasrat nak pergi Legoland jadi saya bawa mereka ke sana. Kehidupan kami ‘happy’ dan saya kini hanya mahu kembalikan hak mereka yang telah hilang. Segala kerja keras saya selama ini adalah untuk keselesaan anak-anak pada masa akan datang,” jelas Awie.

Awie turut melahirkan rasa bersyukur menerima hak penjagaan sementara anak anak selain ada turut meminta supaya masyarakat tidak membuat spekulasi yang bukan bukan tentang apa yang terjadi terhadap rumahtangganya. (rtky/m)