fbpx

Rossa & Ungu Dalam Konsert Promosi Jakarta Malam Ini

Selebriti popular Indonesia Rossa dan Ungu telah berada di Malaysia hari ini untuk memeriahkan Konsert Enjoy Jakarta 2013 yang bakal berlangsung malam ini di Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Konsert ini adalah sebahagian inisiatif kerajaan Indonesia mempromosikan kota Jakarta sebagai destinasi pelancongan kepada rakyat Malaysia dan program mereka berlangsung dari 13 hingga 15 Jun ini.

Lagenda rock Malaysia, Amy Search yang juga popular di Indonesia bakal juga memeriahkan konsert yang akan bermula pada 8.00 malam ini sebagai artis jemputan selain 30 penari dan 20 pemuzik lain.

Dalam sidang media yang berlangsung pagi tadi, Rossa sempat berikan tips membeli belah kepada kaum wanita yang ingin berkunjung ke Jakarta, Indonesia sebagai destinasi percutian mereka.

“Secara peribadi, sebagai wanita, Jakarta menjadi lokasi untuk mencari makanan dan membeli belah. Kalau kaum wanita lain, yang mahu mencari tudung juga boleh ke Mangga Dua, Tanah Abang dan Tamrin Cit”