Sering menjadi mangsa body shaming kerana saiz badan yang agak berisi sebelum ini, bekas bintang Akademi Fantasia musim pertama, Rosma mengakui ada pihak berpendapat dia tidak sesuai bercinta dengan Kahi yang kini merupakan suaminya.

Malah, disebabkan fizkalnya itu ada yang mengatakan dirinya tidak cantik dan seperti makcik anak ramai meskipun masih di usia muda. Bagaimanapun, Rosma berkata ketika zaman remaja dia tidak memikirkan soal penampilan.


BACA: Khai Dedah Rosma Suka Jika Perutnya Boroi

View this post on Instagram

Semua org boleh lakukan perubahan yg diimpikan. Kte ni pun sememeh je dulu.Org katalah apa pun telan aje sbb apa..Dulu tak fikir nak ubah apa2.Temanya selesa katanya ?? Bila ada kesedaran utk berubah,terus buat tindakkan. Dalam tindakkan akan ada jatuh bangunnya,itu namanya proses. Jika kte seronok dan penuh disiplinnya memupuk,menyemai,mengembangkan lelemak dibadan maka kita turut perlu seronok dan disiplin memupuk diri mengecilkan kembali lelemak itu.? Alasan itulah tembok yg perlu kte pecahkan. Jika kte ni tak pecahkan alasan utk berubah dari tahun 2003,Rasanya tak ada picture ini. Hanya diri kita mampu lakukan.Ingat..Selepas tindakkan akan disusuli dgn proses,dalam proses baru nampak hasilnya sikit demi sedikit. Jangan fikir hari ni buat,esok jadi mcm gambar kat sebelah.Mmg idok le ? #mssenaros #khairosma #fightobesity

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on

“Saya pernah dikecam teruk kerana memiliki badan sedikit berisi. Saya pernah terima komen pedas dimana individu itu kata saya gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai.

“Ada juga yang cakap usia muda tapi saiz badan tembam macam makcik-macik anak ramai. Ada yang cakap saya tak cantik, debab dan bulat.


“Kalau ikutkan sejak zaman remaja saya memang jenis yang comot dan tak fikir pun soal nak cantik. Orang nak cakap apa, lantaklah. Cuma saya mula terfikir nak jaga penampilan selepas keluar AF1,” katanya.

Terkesan dengan hinaat tersebut, Rosma nekad memulakan diet secara ekstrem sehingga membahayakan kesihatannya sehingga jatuh pengsan dan dimasukkan ke hsopital.

“Selepas AF1, berat badan naik mendadak sehingga pernah mencecah 70 kilogram. Saya terdetik, besar sangat ke badan aku ni? Disebabkan nak kurus sangat, saya mulakan diet cara salah sampai pernah jatuh pengsan dan masuk hospital.

Bagaimanapun, Rosma memberitahu dia tidak putus asa dan mengamalkan diet yang betul serta mengeluarkan produk menguruskan badan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Kini, berat badannya hanya 47 Kilogram.

Meskipun sibuk dengan produk kesihatan dan perlansingan badan diberi nama MS SenaRos, Rosma berkata dia tidak pernah melupakan karier nyanyian yang menjadi minatnya sejak kecil lagi.

“Saya tak kisah pun orang nak kata saya artis sendu atau apa sekalipun.. mungkin ada yang kata pintu rezeki nyanyian tak serancak dulu tapi Allah Maha Berkuasa membuka pintu rezeki dalam dunia perniagaan pula,” katanya.

Rosma dan Khai telah pada tahun 2008 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Muhammad Amzar Danish,11, Nur Amani Damia,6, dan Nur Alya Dhania, 1 tahun 3 bulan.