fbpx

Khai Dedah Rosma Suka Jika Perutnya Boroi

Mengakui dirinya kini sudah buncit seiring usia yang sudah mencecah 41 tahun, bekas peserta Akademi Fantasia, Khai berkata dia impikan badan six pack. Namun, isterinya iaitu Rosma lebih sukakan jika perutnya buncit.

Bagaimanapun, Khai berkata meskipun usia semakin meningkat namun dia masih menjaga kesihatan dan berat badannya. Malah, berat badannya kini berada di tahap ideal iaitu 65 kilogram.

BACA: “Semua Orang Lupakan Artis Bila Artis Memerlukan”

Menerusi perkongsian itu, Khai turut memuat naik fotonya memaparkan perutnya sedikit buncit. Namun, Khai berkata dia tidak perlu risau jika berat badannya naik kerana boleh mengamalkan produk keluarannya sendiri yang diberi nama Ms Sena Ros.

Difahamkan, baru-baru ini Khai dan Rosma ada meninjau lot kedai untuk perniagaan baru mereka. Makin bertambah rezeki pasangan ini sekeluarga.

Khai dan Rosma mendirikan rumah tangga pada April 2008. Pasangan ini bertemu jodoh setelah terlibat dalam program realiti yang sama iaitu Akademi Fantasia dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.