fbpx

Roslan Shah Ralat Ebit Lew Batal Hadir Acara Di Singapura Saat Akhir

Pengacara Roslan Shah telah meluahkan rasa terkilan terhadap pendakwah, Ebit Lew apabila membatalkan kehadirannya dalam sebuah acara di Singapura disaat akhir yang sepatutnya bermula pada Jumaat ini.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Menerusi perkongsian di Insta Story, Roslan berkata pihak Ebit yang berurusan dengannya tidak memaklumkan lebih awal mengenai perancangan pendakwah itu yang akan mengerjakan ibadah Haji.

BACA: Telefon Bimbit Ebit Lew Ada Sejarah Layari Laman Web Lucah – Saksi

Bukan itu saja, Roslan turut memuat naik tangkap layar mesej yang dihantar oleh pihak pengurusan Ebit yang teruja serta memaklumkan bahawa pendakwah itu akan hadir pada acara tersebut.

Roslan turut memaklumkan kepada pihak pengurusan Ebit bahawa pihak penganjur memarahinya kerana pendakwah tersebut membatalkan kehadiran ke acara tersebut disaat akhir sedangkan tempahan hotel serta iklan sudah pun di buat.

Dalam pada itu, menerusi mesej dikongsikan itu dia turut meminta pihak pengurusan Ebit menganti semula kerugian dialami pihak penganjur.

Susulan itu, Roslan turut memberi peringatan kepada pengurus Ebit Lew supaya menepati janji sedangkan dia sendiri yang menghubunginya untuk menyertai acara tersebut.