fbpx

Telefon Bimbit Ebit Lew Ada Sejarah Layari Laman Web Lucah – Saksi

Semalam, saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah bebas  Ebit Lew memberi keterangan di Mahkamah Tenom.

“Bukan KLIA Sahaja, Airport Seluruh Malaysia Perlu Dinaik Taraf”

Baru-baru ini isu lapangan terbang di Malaysia menjadi bualan ramai apabila sebuah gabungan syarikat antarabangsa termasuk Global Infrastructure Partners (GIP) membuat bidaan untuk membeli pegangan penting dalam Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). MAHB diketahui umum...

Baca Lagi

Memetik Harian Metro, saksi memberitahu mahkamah bahawa terdapat sejarah melayari laman sesawang lucah pada telefon bimbit yang dianalisisnya.

BACA: Ebit Lew Perjelas Mondy Buat Tatu Sendiri, Caprice Kongsi Video Sebenar

Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Superintendan Latifah Abdul Aziz, 43, berkata, laman sesawang itu dilayari daripada aplikasi Google dan hasil analisis itu telah dimasukkan dalam cakera video digital boleh rekod (DVD-R) untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat.

“Hasil analisis mendapati terkandung sejarah melayari laman sesawang disyaki berunsur lucah daripada aplikasi Google dan saya pohon pegawai penyiasat rujuk DVD-R yang saya masukkan hasil analisis tersebut.

“Daripada kesemua tangkap layar yang saya buat, ada beberapa laman sesawang disyaki berunsur lucah dan juga bukan berunsur lucah,” katanya.

Menurutnya lagi, bagi memastikan laman sesawang yang dilayari itu mempunyai unsur lucah, dia telah membuka beberapa laman sesawang dengan merujuk kepada hasil analisis dan mendapati ia sememangnya laman sesawang berunsur lucah.

Antara laman sesawang yang turut dilayari termasuk wikipedia berkaitan “gangguan seksual”, “Undang-undang gangguan seksual di Malaysia”, “gurau lucah berisiko disumbat penjara” dan “Rang Undang-undang kesalahan-kesalahan seksual, hukuman seksual”.

Satu lagi telefon yang dianalisisnya mengandungi sebanyak 219 tangkap layar perbualan daripada aplikasi WhatsApp bermula pada 4 Mac 2021.

“Gambar satu (tangkap layar) menunjukkan paparan berkaitan nombor telefon milik penghantar mesej. Dalam paparan itu menunjukkan tarikh bermulanya perbualan mesej pada 4 Mac 2021 yang berikutnya (dalam bentuk tangkap layar) adalah isi perbualan,” katanya.

Difahamkan perbicaraan akan disambung hari ini. Untuk info, Ebit berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.