fbpx

Romie Letak Syarat Untuk Hanez Suraya Kembali Berlakon

Mengakui rindu untuk kembali muncul di dalam bidang lakonan, sebagai seorang ibu dan juga isteri, Hanez Suraya kini perlu lebih memilih di dalam pembawaan watak di dalam drama yang akan dibintanginya malah Romie turut meletakkan syarat untuk isterinya kembali berlakon.

BACA: Romie Dedah Sikap Sebenar Bekas Isteri

“Keizinan saya untuk benarkan dia (Hanez) berlakon bersertakan dengan syarat. Skrip dan watak yang diterima perlulah sesuai dengan status Hanez sekarang yang sudah berkeluarga. Dulu dia seorang isteri, kini dia sudah jadi ibu”

“Saya tidak ada masalah untuk dia berlakon semula dan saya benarkan jika penuhi syarat tersebut,” jelas Romie kepada portal Mangga Online baru-baru ini. Sementara itu, Romie juga menjelaskan bahawa dia tidak kisah jika anaknya nanti bakal menjadi popular.

“Saya bukanlah artis, tetapi Hanez pula seorang selebriti. Jadi terpulanglah kepada cara dia untuk memperkenalkan anak kami kepada khalayak. Saya okay sahaja kalau anak menjadi popular,” katanya. Apa pun, semoga pasangan ini akan kekal bahagia malah peminat pastinya tidak sabar untuk melihat anak mereka membesar bersama. (rtky/s)