fbpx

Rohila Tahir Kini Bukan Lagi Pengurus Anuar Zain, Pisah Kerana Bergaduh?

Agak lama kita tidak dengar kisah peribadi penyanyi kegemaran ramai wanita ini selain kisah album baru beliau yang kini berada di'pasaran.

Khabar'nya, Anuar Zain kini sudah tidak bersama pengurus beliau Rohila Tahir yang sudah menguruskan kerjaya Anuar Zain selama lebih 10 tahun.

Harian Metro melaporkan Rohila Tahir berhenti menguruskan kerjaya Anuar Zain berkuatkuasa 1 Oktober yang lalu dan keputusan itu di'khabarkan di'buat oleh pengurus ini selepas balik dari persembahan di Singapura.

Rohila Tahir melalui Twitter rasmi beliau menulis yang beliau kini sedang menikmati erti kebebasan baru yang beliau miliki kini — dan kami anggap ini sebagai tanda beliau memang sudah tidak bersama Anuar Zain lagi.

Namun ada suara suara dari Forum Cari mengatakan yang perpisahan antara Rohila Tahir & Anuar Zain berpunca dari pergaduhan mereka yang sudah berlarutan sekian lama.

Pengurus kerjaya Anuar Zain itu di'katakan terlalu mengongkong batasan antara Anuar Zain dan peminat beliau sehingga menimbulkan rasa kurang senang di'hati penyanyi tersebut.

Kisah khabar angin ini merupakan perkara tidak rasmi & kami akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kenyataan dari salah satu pihak tentang perkara ini. Walaupun Anuar Zain eksklusif orang'nya, usaha perlu ada. Heh.

zp8497586rq