Kami sudah perasan pasangan ini tidak berapa ngam sejak beberapa minggu lalu.

Namun perbualan hangat mereka melalui Twitter semalam seakan mengesahkan andaian kami selama ini.


Rody Kristal yang cukup low profile pada kami di’khabarkan bercinta dengan seorang gadis bergelar doktor & model sambilan bernama Totin. Namun pasangan ini kerap menafikan hubungan mereka.

Rody Kristal & Dr Totin masing masing bertegas yang mereka hanya berkawan rapat melalui beberapa temubual dengan media — termasuk ketika sambutan hari lahir Rody Kristal beberapa bulan lalu.

Lewat petang semalam, kami perasan seperti ada perang ‘tweet’ antara Rody Kristal dan ‘teman tapi mesra’ beliau ini dan apa yang kami perhatikan ia’nya melibatkan proses mematikan khidmat talian telefon bimbit yang mereka kongsi bersama.


Tidak perlu rasanya kami tempelkan screenshot Twitter & perbualan mereka di’sini. Cinta muda remaja biasa’lah penuh turun dan naik dan turun.

Cuma kami rasa Rody Kristal tidak perlu’lah luahkan segala apa yang berlaku melalui Twitter, komunikasi secara terus bukan’kah lebih senang. Lebih lebih lagi apabila kami nampak, sudah jadi modal berita di’malam Ahad.