Baru saja berdepan kontroversi perceraian, produser terkenal Datuk A.Aida diuji lagi apabila beliau mengalami kerugian sebanyak RM200,000 akibat kes kecurian.

Menurut A.Aida, beliau menyedari kehilangan wang tersebut sebaik sahaja pulang bercuti dari Mesir 1 Mac lalu.


BACA: “Jangan Laga-Lagakan Saya Dengan Dia Lagi”

Katanya lagi, beliau sudah pun membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

“Saya tidak boleh komen banyak tapi memang betul. Saya sudah melakukan laporan polis. Sekarang ini dalam penyiasatan. Saya serahkan semuanya kepada pihak polis untuk siasatan,” katanya kepada Kosmo!


Diminta mengulas lebih lanjut mengenai kes berkenaan sama ada melibatkan bekas suami, Ariff Aziz, A. Aida enggan memberikan sebarang komen.

“Saya mula sedar ketika pulang bercuti dari Mesir pada 1 Mac lalu.

“Jumlah kehilangan adalah sebanyak RM200, 000 dan transaksi wang dilakukan sebanyak dua kali.

“Tiada komen lanjut dan saya serahkan segalanya kepada polis untuk melakukan siasatan,” katanya.

Satu demi satu ujian menimpa A.Aida. Semoga A.Aida kekal tabah.