fbpx

“Jangan Laga-Lagakan Saya Dengan Dia Lagi”

Rumah tangga yang dibina bersama produser terkenal Datuk A.Aida hanya mampu bertahan 10 bulan sahaja, pelakon Ariff Aziz berharap tiada pihak melagakan dirinya dengan bekas isterinya itu lagi.

Jelasnya lagi, apa saja perkongsiannya di media sosial tiada kaitan dengan kisah lalu. Ariff berkata dia sudah pun mula kehidupan baru dan mendoakan agar bekas isterinya itu sentiasa bahagia.

BACA: “Rujuk? Aku Nak Muntah” – Ariff Aziz

“Saya berharap semua pihak tidak perlu memanjangkan perkara ini. Jangan melaga-lagakan saya dengannya lagi.

“Segala entri dimuat naik di laman sosial, termasuk di Instagram, tidak ada kena mengena dengan kehidupan saya yang lalu. Saya sudah memandang ke hadapan dan jangan terus mengaitkan saya dengannya.

“Untuk dia (A Aida), saya doakan semoga terus berbahagia dengan kehidupannya. Saya sudah ada hidup baru sekarang dan tidak akan menoleh ke belakang lagi,” katanya kepada BH Online.

Mengulas mengenai perkongsiannya di media sosial berkenaan hal ‘rujuk’ yang menjadi bualan ramai, Ariff berkata dia tidak akan lagi memuat naik entri yang boleh menimbulkan pelbagai spekulasi.

Dalam pada itu, Ariff berkata dia kini kembali bekerja sebagai pakar web di sebuah syarikat di ibu kota.

Rabu lalu, A Aida mengesahkan bahawa beliau bukan lagi isteri kepadaAriff Aziz. A Aida mengaku sudah bercerai talak satu pada 24 April lalu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.