fbpx

RM200 juta untuk AC Mizal Buat Bisnes: Tinggalkan Hans Isaac

Humang ai. RM200 juta bukan sikit-sikit punya duit kawan.

Kali ini AC Mizal memang kena betul-betul ada business plan yang tahan gagal kerana bisnes ini melibatkan wang yang cukup besar.

Modal RM200 juta untuk AC Mizal ini di’suntik oleh Aras Dua Sendirian Berhad.

Kita sedia maklum yang AC Mizal adalah duta untuk barangan magnetik seperti gelang & rantai. Konsep perniagaan AC juga tidak lari dari apa yang di’dutakan.

Disember ini, AC Mizal akan melangkah jauh dengan membuka kedai di Oxford Road, London, Sydney, Australia dan versi tempatan di Wisma Sentral, Kuala Lumpur.

Mengulas tentang hubungan dengan Hans Isaac, AC Mizal berkata cukup sampai setakat ini kerjasama beliau dengan teman baiknya itu.

Komen Hans yang mengatakan AC Mizal tidak komited akan sessi latihan Cucu The Musical betul-betul mengguris perasaan beliau.

Tidak mengapa AC, modal RM200 juta sudah ada, sekarang masa untuk AC Mizal bina sesuatu yang lebih kukuh untuk keluarga.