fbpx

Rizalman Mahu Tubuhkan Pusat Pengajian Al-Quran Untuk Orang Dewasa

Selepas mengumumkan persaraannya dari dunia fesyen pada Februari lalu, pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim menyatakan hasratnya untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian al-Quran.

Menurut Rizalman, ia merupakan sebahagian daripada usaha yang dilakukan selari dengan penubuhan Yayasan RI yang akan dibangunkan kelak. Ujarnya pusat pengajian itu untuk golongan dewasa untuk belajar mengaji.

BACA: Netizen Mahu Rizalman Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

“Anda tahu kan saya dalam proses nak tubuhkan Yayasan RI. Jadi, antara niat saya ialah menubuhkan pusat pengajian al-Quran untuk golongan orang-orang dewasa.

“Siapa yang tak sempat belajar mengaji dengan betul, yang nak belajar dan memperbetulkan bacaan mereka,” tulisnya.

Kata Rizalman lagi, syarikatnya, Rinetwork akan membiayai sepenuhnya pusat pengajian tersebut sendiri sementara menunggu kelulusan penubuhan yayasannya itu.

“Saya akan gajikan para ustaz dan ustazah, cari tempat, belikan kelengkapan serta berikan wakaf mushaf Amazing tu di situ dan akan bertempat di Johor Bahru sebagai negeri pertama,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan niat baik pereka fesyen itu dan semoga usahanya untuk melakukan amal jariah itu akan sentiasa permudahkan.