fbpx

Netizen Mahu Rizalman Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Sejak beberapa hari lalu, hangat diperkatakan apabila satu petisyen diwujudkan menuntut Vivy Yusof meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM susulan kontroversi terpalit pengasas tudung terkenal itu.

Susulan itu, beberapa perkongsian netizen mencuri tumpuan ramai apabila mengusulkan nama pereka fesyen terkenal, Dato’ Rizalman Ibrahim dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM bagi menggantikan Vivy Yusof.

BACA: Netizen Lancar Petisyen Vivy Yusof Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Seorang netizen turut berkongsikan latar belakang Rizalman yang merupakan graduan seni lukis dan seni reka (fesyen) UiTM yang lebih layak memegang jawatan tersebut.

Malah, netizen berkata Sselain bergelar graduan fesyen, Rizalman juga cemerlang sebagai pereka hiasan dalaman, pengurus majlis, pengatur majlis perkahwinan serta personaliti TV.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju serta menyokong cadangan tersebut. Netizen turut mengharapkan agar pihak UiTM mempertimbangkan cadangan mereka.

Untuk pengetahuan anda, Vivy telah dilantik sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah universiti tersohor berkenaan pada Mei tahun lalu.