fbpx

Rita Rudaini Syukur Dapat Solat Jemaah Subuh Di Masjid

Sejak beberapa bulan lalu ada sahaja kontroversi melibatkan Rita Rudaini lebih-lebih lagi mengenai pendapat peribadi tentang vaksin.

Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Rita meluahkan rasa syukur apabila dapat menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

BACA: Hilang Kerja, Hilang Hak Kebebasan, Rita Rudaini Tak Takut

Bagaimanapun, menerusi entri itu Rita meluahkan rasa sedikit janggal kerana setiap jemaah perlu menjaga jarak satu meter antara satu sama lain.

“Pagi ni saya dapat solat Subuh jemaah di masjid. Alhamdulillah, tapi rasa lain bila kena solat jarak. Memang rasa lain,” katanya.

Sementara itu, menerusi tinjauan di sebuah forum hiburan, ada yang mempersoalkan adakah pelakon itu sudah mengambil vaksin.

“Dida dah vaksin ke? Sebab dia update dia solat kat masjid tadi. Ke ada perubahan SOP sesape je dah boleh masuk,” tulis seorang netizen

Malah, ada yang mengatakan sesetengah masjid membenarkan solat tanpa perlu mendapatkan suntikan vaksin. Dalam pada itu, ada yang mendakwa Rita telah pun mendapatkan suntikan vaksin.

“Dia kan dah vaksin sis, tapi tak mengaku. Lepas tu acah anti vaksin,” dakwa seorang lagi netizen.

Terdahulu, Rita mendakwa dirinya insan terpilih kerana Tuhan membuka matanya untuk menolak pengambilan vaksin. Sebelum ini, Rita berkata dia bukan seorang anti vaskin namun lebih selesa digelar prosafe.