Rita Rudaini Syukur Anak Baru 11 Tahun Mampu Jadi Imam
Meskipun hanya menyambut bertiga sahaja di ibu kota, bagaiamanapun sambutan Syawal Rita Rudaini dan dua anaknya tetap meriah. Rita berkata tiada apa yang lebih penting baginya selain melihat senyuman yang terukir di wajah anak-anaknya.
Menurut Rita, anak-anaknya sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung namun mereka faham dengan situasi yang melanda negara. Mahu anak-anaknya merasai suasana hari raya, Rita menyediakan pelbagai juadah istimewa pada pagi raya.
BACA: “Lebih Rela Jadi Ibu Yang Bahagia Daripada Isteri Yang Bahagia”
“Rayyan dan Arjuna sedih tidak dapat pulang bertemu dengan Mak Tok dan sanak saudara di kampung. Selain itu, mereka paling hiba tak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid seperti kelazimannya.
“Bagaimanapun, mereka faham dengan situasi COVID-19 melanda seluruh negara. Jadi, bagi memastikan Rayyan dan Arjuna merasakan suasana hari raya, saya beriya-iya menyediakan juadah raya walaupun kami bertiga sahaja,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Rita akui sebak apabila anak sulungnya menjadi imam untuk solat sunat Aidilfitri mereka di rumah. Malah, Rita turut meluahkan rasa syukur anaknya kini sudah mampu untuk menjadi imam keluarga kecil mereka.
“Kerana terlalu teruja mahu mengimamkan solat, Rayyan sibuk mencari maklumat panduan solat sunat Aidilfitri di enjin carian Google dan bertanya kepada ustaz.
“Alhamdulillah, Rayyan mampu menjadi imam yang baik biarpun baru berusia 11 tahun,” katanya.
Rita mendirikan rumah tangga dengan pemain JDT, Aidil Zafuan pada tahun 2008 kemudian bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Aarit Rayyan Rizqin, 11 dan Airit Qaqa Arjuna, 9.
- SUMBER
- BH Online
asraf muslim mesti bangga.
Bila nk tayang buntut dlm gym lagi??
Bila nk pakai tudung? X reti syukor pulak kew?
Cantik Kilafairy bertudung nasib baik sedar diri huhuhu
Ni lg sorg nk perhatian. Aku tak tau ape peranan ko dlm industri. Mcm tade ko pon tak terjejas pape kot. Aku ase lebih bagus ko duduk umah diam2. Itu lebih baik
Bosan lah dia ni , diri sendiri dah tak laku , nak jadikan anak pulak modal carik publisiti ..
harap anak ko tazkirah pasal aurat pulak yer sisturrr?!!! Lol
Anak pun anak la janji masuk RK femes 24jm
X nmpk mcm 44 je kak rita ni.. Nmpk mcm 38 je… Awet muda btul kak rita.. Moga bhagia slalu… Smoga jumpa jodoh yg lebih hensem.. Lebih sado… Lebih kaya..lebih beriman dan lebih bertanggungjawab dan lebih pnyayang nnti..
tentu seronok anak tanggung dosa emak tayang bontot, cela kangkang, mulut puaka mcm longkang selamat 2 bekas lakinya jgn lupa dia ada 2 bekas laki bukan aidil je. semua x tahan . maklumlah setiap waktu berjemaah di masjid kalah mufti arahannya.
Alah pnjng lg perjalanan anak ko ni ritak oii. Jgn nnt dah beso jd mat syabu dah le anak ko ni. Bkn xde bdk2 yg hafal Quran jd penagih!
Penagih ketom pun ada lebai wey … xyah sembang karipoleh la
ok lah tu. emak tongeng buntut anak lelaki tanggung dosa.
sebab dua2 laki lari tak tahan