fbpx

Rita Rudaini Seronok Belajar Al-Quran Dengan Anak-Anak Secara Online

Tujuh tahun bergelar ibu tunggal bukan perkara mudah buat Rita Rudaini kerana dialah ibu dan dia juga bapa. Sudah pasti, Rita mahukan yang terbaik buat anak-anaknya lebih-lebih lagi untuk bekalan akhirat.

Menerusi satu entri di Instagram, baru-baru ini Rita berkongsikan dia bersama anak-anaknya kini belajar membaca Al-Quran secara atas talian dua kali seminggu bersama dengan Ustaz Haji Sazalie Nordin.

BACA: Rita Rudaini Beri Peringatan Kepada Bekas Suami Lufya Omar

“Tengok Al-Quran pun Allah bagi pahala, apatah lagi kalau kita baca. Kami blajaq online 2x seminggu dengan Ustaz . Terima kasih banyak Ustaz.

“Ilmu yang Ustaz bagu pada saya dan anak-anak akan saya bawak sampai ke akhir hayat kami. Jasa Ustaz pada keluarga kami tak dapat saya balas. Hanya doa kami anak beranak untuk Ustaz sekeluarga,” tulisnya

Rita Rudaini juga turut meluahkan rasa syukur kerana dengan bantuan Ustaz Sazalie, dia dan keluarga kecilnya dapat memperbaiki diri serta bacaan Al-Quran.

“Yang boleh guide kita, yang boleh ubah diri kita dan rawat hati kita hanyalah AL-QURAN & SOLAT. Jahil macam mana pun kita, jahat macam mana pun kita, bacalah walau pun sebaris.

“Solat lah walaupun terpaksa. Lama-lama kita akan rasa rugi untuk tinggal AL-QURAN & SOLAT. Ikhlas dari perjalanan hari-hari saya. Terima kasih ALLAH,” tulis Rita lagi.