Pelakon Rita Rudaini tidak bersetuju dengan kenyataan ibu bapa di kalangan kumpulan isi rumah T20 menghantar anak mereka ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk belajar erti hidup susah.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita berkata kenyataan tersebut mengundang perbalahan serta mengatakan bahawa MRSM adalah untuk pelajar yang cemerlang dalam akademik.
BACA: Rita Rudaini Tuntut Guru Wanita Mohon Maaf Atau Wajah Terpampang Di Media Sosial
Kata Rita lagi, semua golongan berhak untuk memohon MRSM dan mereka yang layak boleh belajar di sekolah berkenaan.
Menurut Rita lagi, jika mahu anak belajar hidup susah banyak lagi tempat yang boleh mendidik anak. Ujarnya lagi, erti kesusahan adalah siapa yang malas belajar mereka akan ketinggalan.
Dalam pada itu, Rita turut mempersoalkan pihak yang mewujudkan jurang di kalangan pelajar sekaligus menyebabkan perpecahan dan boleh merosakkan anak bangsa.