fbpx

Mutaah: Rita Rudaini Persoal Kehidupan Mewah Aidil Zafuan

Selepas Aidil Zafuan mengeluarkan kenyataan beliau mempunyai banyak tanggungan lain selepas berkahwin dengan Zareema Zainal, Rita Rudaini tetap mahu bekas suaminya itu membayar tuntutan mutaah RM300,000 yang dimintanya.

BACA: Aidil Zafuan Akui Tidak Mampu Bayar Tuntutan Mutaah

“Betul ke dia tak mampu? Bukankah kehidupan dia cukup mewah. Ada kereta mewah banyak dan kerap pergi bercuti. Gaya mewah hidupnya itu sering ditunjukkan di laman Instagram. Mutaah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak”

“Mungkin dia tak tahu kot gamaknya kerana bayaran edah yang wajib kepada saya pun belum dibayar lag.Baru sekarang dia bagi alasan ceraikan saya sebab tak jalankan tanggung jawab sebagai isteri. Barangkali dia lupa Tuhan ada dan Maha melihat”

“Kalau macam itulah alasan dia, nasihat saya kepada mereka yang bergelar isteri dan bekerja sepenuh masa dan ada pendapatan sendiri kena bersiap sedia kalau diceraikan dan diberikan alasan tak bertanggung jawab sebegitu,” jelas Rita yang tetap akan mempertahankan maruah beliau sebagai seorang wanita dan ibu.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menetapkan 25 Mei ini untuk sambungan perbicaraan tuntutan mengikut seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Aidil dan Rita bercerai pada September 2013 di Mahkamah Syariah Seremban. (rtky/s)