fbpx

Rita Rudaini Naik Angin Kena Gosip Bersama Nomad

Satu laporan baru baru ini menulis yang pendatang baru dunia nyanyian, Nomad menafikan yang beliau kini sedang rapat dengan Rita Rudaini ekoran sebuah artikel yang mendakwa aktress itu meminati penyanyi Tetap Menantimu itu.

Ya, kami pun terlepas kereta api tentang gossip liar ini.

Hari ini menerusi Harian Metro Ahad, Rita Rudaini bengang dan meluahkan rasa kecewanya kerana menganggap apa dilaporkan sebelum ini langsung tidak benar dan memalukannya.

“Kalau pun mahu mencipta gosip untuk popular, jangan sampai mengaitkan maruah orang lain. Apa pandangan umum apabila membacanya. Saya ibu tunggal kepada dua anak”

“Sudahlah masyarakat mudah memberi tanggapan buruk kepada mereka yang bergelar janda”

“Hakikatnya, saya bertemu Nomad sewaktu mempromosi filem Balistik, tetapi apa yang berlaku seperti bergambar bersama dan merakam aksinya menyanyi adalah perkara biasa,” ujar Rita Rudaini yang tidak menyangka boleh timbul gosip sebegini.

Oh kejap, adakah dalam komen Rita Rudaini terselit pesanan pedas buat Nomad?

“Sebelum ini belum ada rekod lagi saya digosip dengan mana-mana lelaki. Jangan sesekali cuba mencemarkan nama saya. Sebelum membuat sesuatu tindakan, ingat maruah orang lain. Kalau hendak popular, banyak lagi usaha boleh dibuat dan ini bukan caranya”

Dalam laporan yang sama bagaimana pun Nomad meminta maaf jika kenyataan beliau sebelum ini mengguris mana mana pihak & tidak berniat untuk memalukan Rita Rudaini. (rtky/m)