Rita Rudaini Minta Kerajaan Kaji Semula Keputusan Buka Sekolah
Melihatkan kes baharu Covid-19 masih mencatatkan empat angka, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa bimbang dengan keputusan kerajaan membuka sekolah pada 1 Mac ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Rita berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengkaji semula keputusan tersebut kerana bimbang dengan keselamatan pelajar termasuk dua anaknya.
BACA: Rita Rudaini Dedah Bekas Suami Pernah Tidur Seminggu Dengan Anak-Anak Dirumahnya
“Macam mana nak pergi sekolah? (Kes) masih tinggi lagi ni. Mohon kementerian fikir baliklah. Kalau yang penting macam nak pergi ambil peperiksaan itu tidak mengapa la.
“Yang besar-besar tu boleh dan tahu jaga diri, yang kecil-kecil bukan tahu apa,” katanya.
Dalam pada itu, Rita meminta kerjaan berfikir secara rasional mengenai kos rawatan jika pelajar berdepan masalah kesihatan kerana ibu bapa yang perlu menanggung.
“Kalau anak kita sakit, kita bayar bil sendiri. Mohon fikir betul-betul, dalam-dalam dan masak-masak,” katanya.
Difahamkan, kedua-dua anak Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin, 12 dan Airit Qaqa Arjuna, 10 bakal memulakan persekolahan bermula Mac ini.
- SUMBER
- mStar Online
saya setuju!!!
Tp banyak parents yg bekerja xsetuju. Sebab depa nak kena bayag daycare lagi rita oi. Dgn nak kerja lagi. Kalo kena kerja work from home boleh la sambil tgk anak sambil bekerja. Kalo kene pi ofis, mana nak letak anak oi . Boss pon xdak sedia tempat daycare. Bukan company semua mampu. Cikgu pon kesian nak ngajag online dgn nak jaga anak sendiri dirumah dgn nak kena online mengajaq. Camna tu
Kira bergilir2 boleh kah..klau ada 300 murid..150 je utk isnin..slasa 150 yg x join isnin..begitulh seterusnya hingga 3 buln..cuba dulu..
nanti nabila amy search marah.
macam awak marah pasal masjid dulu tak ingat ke?
samalah tu, jgn pura2 ye
Sekolah x nk bukak, sempadan bukak bawak anak2 mkn angin. Time raya nnti tengok la opah, atok, aunty, pak njang, pak ngah, semua berkumpul skali dgn mask x pakai soooo?
Hang pun x pyh keloaq rumah duduk gentel jer maklumlah duit turun dr langkit kannnnn?!!
Betul tuu…. Tahap keberkesanan Vaksin Sinovac hanya 50.4%-91.25% berbanding keberkesanan Vaksin pFizer 95%…. Korang tahu tak?
Sapa sruh beranak. Skrg pening la….
Aku pn konfius nk ccuk vaksin ke idak..kenapa vaksin kayangan lain rakyt lain..vaksin China akak tak nakkoi.
vaksin china sampai sabtu ni kan pergi la register cepat2 nnti dlm mysejahtera tu…
wakaka…hah tepok!?!
Researchers in Brazil reported that CoronaVac, developed by Beijing-based Sinovac, was 50.4% effective at preventing severe and mild COVID-19 in late-stage trials. That’s significantly lower than the 90% efficacies of several leading vaccines. RIP
Vaksin China tu murah sbb tu lah korang akn dapat Ha ha.. pfizer tu kayangan punya mahal nk import korang x layak pipit jer … cucuk jgn x cucuk nk sgt kan?? :(
Takpe la 50% rate pun aku cucuk. Better dari 0% usaha langsung. Just saying.
Kita kongsi sedunia fizer tu..jgn memilih.
Bawang india kita mkn..bawang pkistan pun sama..bwg brazilpun kita mkn.
Klau x ada bwang..resepi tak sodap..klau tak ada mkcik2 pkcik2 bwg..sunyi jugak.
Tahu jelh komen2 budak2 muda dn tuo ado bezo..
Haduhhh…. Sekolah nk buka kena pk betul2….. Ampaaa bawak p mall.. Keluar mkn….ada pk tak..
I love you, Rita
Dia ni lagi.