fbpx

Rita Rudaini Masuk Hospital Akibat Denggi

Gara-gara terkena denggi, kini pelakon Rita Rudaini telah dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan di ibu kota, sejak Sabtu lalu. Menurut Rita kepada Harian Metro, pada mulanya, dia hanya mengalami sengal-sengal badan dan kesejukan sebelum bergegas ke hospital pada Jumaat malam lalu.

BACA: Rita Rudaini Nafi Ditaja VIP

“Sejurus tiba di hospital, doktor meminta saya membuat pemeriksaan darah kerana bimbang saya terkena denggi. Hasil pemeriksaan darah saya positif dan terus dimasukkan ke wad. Setiap hari doktor membuat pemantauan bagi memastikan keadaan saya stabil”

“Doktor juga perlu memasukkan air ke dalam badan kerana tubuh saya terlalu lemah. Akibat daripada kesan suntikan membuatkan saya kurang selesa dan berasa sakit. Semalam saya langsung tidak boleh tidur,” katanya.

Walaupun berada di hospital, perkara tersebut bagaimanapun tidak menjejaskan aktiviti seninya kerana tidak terlibat dengan mana-mana penggambaran. Sementara itu, dua anaknnya kini dijaga ibu dan sepupunya. (rkty/s)