fbpx

Rita Rudaini Nafi Ditaja VIP

Pelakon, Rita Rudaini yang terkenal dengan beberapa perniagaan yang beliau jalankan menegaskan bahawa beliau tidak pernah ditaja oleh mana-mana pihak VIP untuk mengusahakan perniagaanya. Malah beliau juga akui, kesemua perniagaannya adalah hasil usahanya sendiri.

BACA: Rita Rudaini: Anak Suruh Cari Ayah Baru

“Saya tidak ada rakan kongsi kerana serik dengan pengalaman pahit lalu. Saya juga menafikan ditaja oleh mana2 pihak VIP kerana bisnes ini diusahakan dengan duit sendiri. Terbaru saya akan melancarkan kafe yang menyajikan aneka kuih muih kerana saya memang menggemarinya sejak dulu lagi,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Rita pernah menjelaskan bahawa beliau lebih selesa hidup sendiri dengan menghabiskan masa terluang bersama anak-anaknya selain berlakon dan juga mengembangkan beberapa perniagaannya seperti produk penjagaan kulit, kopi, kolagen, dan minyak wangi Adorable by Rita Rudaini.

Pada masa yang sama beliau juga aktif menjayakan sebuah drama berunsur komedi, Ahli Mesyuarat Tingkap yang sedang rancak bersiaran di saluran TV3. Drama terbitan JS Pictures itu menampilkan beberapa selebriti lain seperti Izreen Azminda dan Sherry Al-Hadad. (rkty/w)