fbpx

Rita Rudaini: Kami Tidak Bergantung Pada Wang Aidil

Selepas mahkamah memutuskan yang Rita Rudaini dan anak anak bakal menerima RM3,000 sebulan dari bekas suami, Aidil Zafuan ramai yang memberikan reaksi positif tentang keputusan itu dan tidak kurang juga mengkritik Rita Rudaini atas tuntutan bukan bukan.

Ini termasuklah menuntut perbelanjaan untuk percutian anak anak yang ramai rasakan tidak perlu menjadi sebahagian perbelanjaan asas anak anak. Namun, Rita Rudaini mempunyai pendirian sendiri dalam soal tersebut ketika ditemubual Sinar Harian.

BACA: Rita Rudaini Fail Permohonan Baru Ubah Nafkah Sejajar Dengan Pembesaran Anak Anak

“Perbelanjaan percutian itu bermaksud, kalau saya bawa anak-anak keluar pergi pusat membeli-belah atau mana-mana lokasi di dalam negara, itu sudah dikira percutian. Tidak semestinya luar negara seperti Paris, London dan New York”

“Takkan saya nak kurung anak dalam rumah macam anak ayam. Lagipun, saya bawa anak-anak ke luar negara sekalipun, pakai duit sendiri. Begitu juga dengan perbelanjaan pendidikan, untuk proses pendaftaran persekolahan sahaja mencecah hampir RM3,000,” ujarnya.

Pelakon ini menambah yang setiap tahun pasti beliau akan membawa anak anak eprgi bercuti ke lokasi pilihan mereka dan beliau perlu bekerja keras untuk merealisasikan impian anak anak walau tidak bergantung kepada wang bekas suaminya itu. (rtky/m)